Saturday 23 March 2013

Farewell


Khamis, 21/3/2013; tarikh perpisahan terakhir kita.

Jangan ucapkan selamat tinggal,
Tapi katakanlah sehingga bertemu lagi,
Jika tidak di atas muka bumi,
Insya-Allah di akhirat nanti. 




PRAY FOR OVII

Sunday 17 March 2013

Untuk Kita Penerima Keputusan SPM 2012


KPM dah keluarkan statement pasal keputusan SPM yang akan diumumkan Khamis ini. Apa yang kita inginkan mestilah yang terbaik; sekurang-kurangnya batch OVII dapat mengalahkan The Malay College Kuala Kangsar (Musuh tradisi selamanya)/

SPM dipandang sebagai perkara penting sehinggakan ada yang beranggapan jika gagal daam SPM maka gelaplah masa depan. Sekiranya pemikiran kita hanya mementingkan hal-hal keduniaan maka tanggapan sedemikian mungkin menjadi prinsip seseorang; sebab sekarang admission untuk melanjutkan pelajaran, ke luar negara contohnya memerlukan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Maka dalam segala hal, kita sebagai golongan yang mengaku akan kewujudan Allah, Pencipta kita mestilah menggantungkan harapan hanya kepada-Nya.

Berjaya dalam SPM belum tentu berjaya dalam kehidupan dan gagal dalam SPM bukan semestinya bermakna kita akan gagal dalam kehidupan. Kalau seseorang tu niat belajar kerana Allah, bukan menjadi masalah yang besar kalau keputusan dia tak berapa cemerlang dalam SPM sebab dia akan terus berusaha mencari ilmu Allah yang amat luas. Sebaliknya kalau niat seseorang itu belajar semata-mata untuk jawab dengan cemerlang dalam SPM, maka di situlah yang mengundang kekecewaan jika dia gagal. Kesimpulannya, kita kena ikhlaskan hati dalam hal ni so that redha Allah yang kita akan dapat.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah:186)
Sabda Rasulullah:
"Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa." (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
 
Sabda Rasulullah: "Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud." (Riwayat Muslim)
"Tidak ada yang dapat menolak takdir (ketentuan) Allah Ta'ala selain doa. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.” (Riwayat Tirmidzi: no 2065)

Jadi dalam masa yang berbaki beberapa hari ni, eloklah kita berdoa dengan penuh harapan dalam keadaan kita yakin Allah akan makbulkan. Kalau rujuk pada ayat al-Quran & hadis atas tu, tak perlu lah kalau nak berdoa kita naik kubah surau atau kubah Masjid Sultan Azlan Shah ke apa sebab Allah Maha Mendengar. Kalau pun Allah tak makbulkan untuk SPM ni, yakinlah dengan Allah bahawa Dia menangguhkan doa tu atau Dia akan memberikan yang lebih baik, jika tidak dunia insya-Allah di akhirat nanti.


Untuk yang kurang berjaya dalam SPM nanti, teruskan lah bergantung pada Allah. Jangan kita bersedih tidak bertepi dan berputus asa dengan rahmat-Nya. Bersyukur dengan apa yang diperoleh kerana dengan bersyukur insya-Allah, Allah akan tambah nikmat kepada kita.
Untuk yang berjaya dengan cemerlang, buang jauh-jauh sifat sombong & takabbur. Kejayaan itu boleh jadi sebagai satu ujian Allah untuk kita sama ada kita bersyukur atau tidak. Jangan sesekali kita kata "aku main dota je selalu, tak study pun, waktu prep dok kacau orang tapi result SPM aku gempak je" , nauzubillah. *Tiada niat untuk menyinggung siapa-siapa, contoh dialog yang terlintas di fikiran semata-mata.

Saya menulis artikel ini sebagai nasihat & tazkirah untuk diri sendiri & juga sahabah seperjuangan terutama OVII yang sentiasa di hati. Wallahua'lam~

Doakan kami, OVII.